Kesan disekat Wikipedia:Polisi_sekatan

Pengguna dan alamat IP yang disekat masih boleh lihat semua laman Wikipedia, tetapi jika pautan "sunting" ditekan, ia akan membawa langsung ke laman "Pengguna disekat" di mana dinerangkan sebab penyekatan dan memberikan maklumat bagaimana untuk momohon nyahsekatan. Laman ini memuatkan pesanan "sebab" yang dibekalkan oleh penyelia yang mengenakan sekatan. Pengguna yang disekat juga dihalang daripada mengalih laman atau memuat naik fail ke Wikipedia.

Tempoh sekatan bergantung pada pelupusan masa yang dimasukkan pada masa sekatan dibuat, sesuatu sekatan boleh berstatus "tak terbatas" atau "kekal" bergantung kepada budi bicara penyelia.

Penyelia juga tidak terlepas daripada risiko sekatan jika mereka berbuat kesalahan berat dalam Wikipedia. Penyelia yang disekat tidak dapat menggunakan keistimewaan seperti balikguling, keupayaan padam dan nyahpadam laman, melindungi dan nyahlindung laman.

Jika penyelia disekat, hanya Birokrat yang boleh memulihkan kembali keistimewaannya, tetapi mestilah mendapat persetujuan bersama ahli komuniti Wikipedia.

Mencabar sekatan

Jika IP anda disekat, anda boleh mencabar keputusan ini atau berhubung dengan mana-mana penyelia secara individu (samada menerusi laman perbincangannya atau email peribadi). Biasanya, penyekatan tamat selepas 24 jam. Kerana IP dinamik dan proxy amat biasa digunakan di kalangan pembekal internet, jika anda disekat untuk tindakan orang yang lain, janganlah tersinggung perasaan. Untuk mencabar keputusan menyekat alamat IP orang lain, atau IP anda (jika tempoh sekatan sudah tamat), sila guna laman perbualan untuk laman ini.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Polisi_sekatan http://www.gnu.org/software/tar/manual/html_node/D... http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Special:... http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Wikipedi... http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Wikipedi... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-...